Wednesday, 20 November 2013

Cara Pemakaian



Cara Pemakaian Set Tabita Skin Care

Cuci muka dan leher dengan Facial Soap. 

Bilas dengan air. 
Tanpa perlu megeringkan muka, sapu muka dengan Smooth Lotion. Tuangkan 3-6 titis Smooth Lotion pada kapas dan sapu pada muka dan leher secara perlahan dan sekata. 
Selepas itu, sapukan Daily Cream untuk penggunaan waktu siang atau Nighly Cream untuk 

penggunaan waktu malam. 
Ulang rutin ini setiap hari 
Tips: Elakkan Daily Cream atau Nightly Cream terdedah kepada udara dalam tempoh yang lama sebelum sapuan ke muka. Berdasarkan pengalaman, struktur krim menjadi lebih berat dan sapuan menjadi lebih kesat.

Kesan Penggunaan Produk Tabita Skin Care

Pada minggu pertama penggunaan produk Tabita Skin Care, muka akan berasa kurang selesa. Anda mungkin akan merasa gatal dan mengalami pengelupasan kulit secara beransur- ansur dalam tempoh 10-20 hari. Dalam keadaan ini, anda dicadangkan untuk menyapu kulit menggunakan tisu atau kapas untuk mengurangkan rasa kurang selesa. Menggaru adalah sama sekali tidak digalakkan.

Pengelupasan mungkin akan terjadi lebih lama di kawasan hidung dan mulut atau di mana terdapatnya rongga pori-pori terbuka yang lebih banyak. Setelah minggu ke 4 dan minggu ke 5, perubahan akan dapat dilihat pada wajah, pori-pori akan mengecil, wajah menjadi lebih cerah semulajadi dan anda akan tersenyum.

Walaupun begitu, kesan penggunaan produk adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain. Ini amat bergantung kepada keadaan semasa kulit anda. Bukan semua kesan yang disebutkan akan di alami oleh pengguna.

Pengalaman sendiri menggunakan produk ini, muka terasa gatal atau secara peribadinya disifatkan sebagai rasa miang. Pengelupasan tidak kelihatan tetapi yang paling ketara kulit muka yang selalunya berminyak menjelang waktu tengahari, tidak terjadi lagi. Satu atau dua jerawat yang kerapkali timbul tidak tentu masa dan timbul di mana sahaja ia suka, juga sudah tidak dialami. Apa yang paling penting, pengguna tidak perlu pening mengenalpasti jenis kulit muka samada kering, berminyak atau bermasalah. Pengguna tidak perlu memilih set mana yang sesuai dengan kulit kerana Set Tabita Skin Care sesuai untuk semua jenis kulit. 

No comments:

Post a Comment